Home » , » Maulana Muhammad Zakariyya

Maulana Muhammad Zakariyya

Maulana Muhammad Zakariyya

Syaikhul Hadits Maulana Haji Muhammad Zakariyya rah. telah habiskan seluruh usianya yang soleh dalam tiga bagian:

1. Dars wat Tadris (belajar dan mengajar)
2. Tasnif wat Ta’lif (menyusun dan mengarang kitab)
3. Tazkiah wa Islahul Khuluq (tazkiah hati dan islah akhlaq)

Beliau telah menyempurnakan semua diatas dengan baik dan cemerlang. Dikatakan bahwa kegiatan beliau:
  • Belajar dan mengajar, dilaksanakan dengan benar-benar disiplin waktu dan sakinah (penuh ketenangan pikiran)
  • Menyusun dan mengarang kitab, dilakukan dengan penuh tekun diiringi seluruh tumpuan hati serta akal
  • Tazkiah nafsu dan islah khalq, dilakukan dengan daya perhatian bagai pekerja gigih dalam suatu pekerjaan yang bernilai
Ketiga kegiatan tersebut beliau tunaikan sekaligus dengan amat baik. Antara tiga itu, yang ketiga lebih menonjol dari yang lain. Alhamdulillaah hingga kini, pengaruhnya masih berjalan dan ribuan orang telah dapat mengeluarkan cinta dunia dari hati mereka dengan asbab usaha beliau. Dua bagian yang pertama, iaitu pendidikan dan menyusun serta menulis kitab, amat besar jasanya kepada umat serta menerima pengiktirafan yang tinggi dan tidak terkira. Secara ringkas akan diterangkan disini mengenai beberapa kelebihan dari hasil karangan beliau dan jasa beliau secara ringkas dalam bidang pendidikan.

Dalam Bidang Pendidikan

Pendidikan beliau bermula pada tahun 1325 H hingga tahun 1336 [1907-1917]. Diantara masyaikh yang telah menjadi guru beliau ialah Syaikh Saharanpuri, Syaikh Maulana Muhammad Ilyas Dahlawi, ayahanda beliau Syaikh Maulana Muhammad Yahya Kandahlawi, Maulana Abdul Wahid Sanbuli, Maulana Abdul Lathif dan banyak lagi masyaikh lainnya.

Setelah tamat belajar, beliau mulai tugas mengajar dari tahun 1335 H hingga tahun 1388 H [1916-68]. Kira-kira 54 tahun beliau telah berbakti dalam dunia pendidikan dan pengajaran. Dan lebih dari setengah usia beliau dihabiskan untuk berkhidmat di Madrasah Mazahirul Ulum di Saharanpur. Banyak bukti menunjukkan beliau mengambil berat terhadap madrasah ini. Semasa di madrasah ini, beliau telah mengajar lebih kurang 35 buah kitab agama bermula dari kitab Ilmu Sighah dan Nahwu hingga kitab yang lebih tinggi seperti kitab Shahih Bukhari dan Abu Daud. Bahkan beliau telah mengajarkan seluruh kitab yang diajar di madrasah tersebut. Beliau juga telah mengukir kenangan bahagia dengan menamatkan beberapa kitab penting dalam pengajarannya, di antaranya kitab Nurul Anwar sebanyak 3 kali, Mishkat 3 kali, Abu Daud 30 kali, Bukhari jilid awal sebanyak 50 kali dan kitab Bukhari dengan lengkap sebanyak 16 kali.

Banyak kalangan penuntut yang telah berhasil menamatkan pelajaran hadits melalui beliau dan memperdengarkan pelajaran mereka dihadapan beliau. Kemudian banyak pula yang meneruskan tugas mengajar dan berkhidmat untuk agama dan ilmu agama dipelbagai tempat. Selain itu, banyak murid-murid beliau yang telah tamat pendidikan dan pelajaran melalui beliau yang hati sanubari mereka disinari ma’rifat, sehingga mereka telah berbai’at melalui tangan beliau yang mulia, mempelajari ilmu suluk dan ilmu tasawuf secara khusus dan dengan nikmat Allah Swt, telah berhasil mencapai derajat kerohanian yang tinggi dalam ilmu ini.

Sebagian dari nama-nama murid Syaikh Muhammad Zakariyya rah. yang telah menjadi ulama-ulama yang masyhur adalah:
  1. Maulana Muhammad Yusuf, Maulana Inamul Hasan, Maulana Izharul Hasan dan para pengajar di Kashiful Ulum Delhi
  2. Maulana Mufti Mahmud Hasan Ganggohi, pengajar hadits di Darul Ulum Deoband
  3. Maulana Munawwar Husein, Syaikhul Hadits di Darul Ulum Lathifi Kethar
  4. Maulana Abdul Jabbar, Syaikhul Hadits di Jamiah Qasimiah Shahi Muradabad
  5. Maulana Akbar Ali Saharanpuri, pengajar di Madrasah Mazahirul Ulum dan juga pengajar hadits di Darul Ulum Karachi, Pakistan
  6. Maulana Ubaidillah Belyawi, pengajar hadits di Madrasah Kashiful Ulum Delhi
  7. Mufti Muzaffar Husein, pengajar hadits dan wakil Madrasah Mazahirul Ulum Saharanpur
  8. Maulana Muhammad Yunus Jupuri, Syaikhul Hadits Madrasah Mazahirul Ulum Saharanpur
  9. Maulana Muhammad Aqil, pengajar hadits di Madrasah Sadhar Mudarisin juga di Madrasah Mazahirul Ulum Saharanpur
  10. Maulana Ashik Ilahi Balanshari, pengajar hadits di Madrasah Darul Ulum Karachi
  11. Maulana Muhammad Salman, pengajar hadits di Madrasah Mazahirul Ulum Saharanpur
  12. Maulana Taqiyuddin, pengajar hadits
  13. Maulana Bashir Ahmad, pengajar hadits di Darul Ulum Tanbu di Rangoon
Termasuk ulama-ulama berikut (tambahan Aba ‘Izzat):
  1. Dr. Mustafa al-Siba’i
  2. Syaikh Abd. al-Fattah Abu Ghuddah
  3. Dr. Muhamamad ‘Alawi al-Maliki
  4. Syaikh Muhammad Taha al-Barakati
Dan masih banyak lagi nama-nama lainnya hasil didikan dan ajaran beliau. Jika semua nama-nama itu dicatat disini, maka risalah ini akan menjadi sangat panjang. Mereka semua adalah ulama yang masyhur diantara orang-orang besar dalam dunia pendidikan dan pengajaran ilmu hadits yang telah dihasilkan melalui asbab pendidikan beliau. “Itulah keutamaan Allah Swt yang diberikan kepada siapa yang dikehendaki-Nya”.

Bagi kami, menjadi satu kebanggaan dan suatu kelayakan bagi kami amal tauladan diri kami, bahwa dalam masa yang amat lama beliau telah sudi mendidik kami semata-mata karena Allah Swt padahal beliau melakukan itu semua tanpa menerima bentuk bayaran (baik gaji, bantuan, dll) dari pihak madrasah. Memang pada masa permulaannya, beliau terpaksa menerima sekedar upah mengajar beliau karena dipaksa oleh masyaikh madrasah. Namun pada keesokan harinya beliau telah kembalikan seluruh uang upah itu kembali ke madrasah.

Semoga Allah Swt memberi taufiq-Nya kepada kita semua untuk mengikuti tauladan beliau yang suci lagi mulia. Mengenai hal ini dengan lebih terperinci, pembaca budiman boleh merujuk kitab Tarikh Mazahir, Jilid II.

Dalam Bidang Penulisan

Penyusunan kitab serta mengarang juga adalah satu bab dalam kehidupan Syaikh Muhammad Zakariyya rah. dan berkahnya masih melimpah hingga sekarang. Beliau mulai berkarya dengan menulis 50 Tahun Keadaan Madrasah Mazahir Ulum dan Riwayat Hidup Para Masyaikh. Kedua kitab tersebut adalah permulaan karya beliau. Oleh karena sibuk beliau dengan mendidik, mengajar dan tanggung jawab terhadap madrasah maka kitab ini belum siap dan diterbitkan lagi. Insya-Allah setelah 50 tahun berlalu, kedua kitab tersebut yang diberi judul, Tarikh Mazahir dan Tarikh Masyaikh akan segara disempurna dan diterbitkan. Beliau seterusnya melanjutkan pelajaran di Madrasah Mazahir Ulum Saharanpur. Seluruh kitab pelajaran, kecuali sebagian kitab di kelas permulaan, telah dikarang dan disusun oleh beliau untuk diajarkan di Madrasah Mazahir Ulum Saharanpur sehingga Madrasah tersebut mencapai derajat ilmiah yang tinggi yang istimewa dari Allah Swt berkat jasa beliau terhadap ilmu hadits. Bahkan beliau telah jadikan misi hidup beliau khidmat terhadap hadits dan Allah Swt telah terima khidmat beliau pada martabat yang tertinggi. Kitab Nadir Shuruh dan La Zawal Ta’liqaat hasil pena beliau telah diterima dengan baik dikalangan masyarakat umum dan para ulama yang ternama. Kitab Awjazul Masalik (6 jilid besar) Syarah Kitab al-Muwattha’ Imam Malik adalah hasil usaha serta titik peluh beliau sendiri selama kira-kira 40 tahun dan kitab ini telah mendapat banyak pujian dari tokoh-tokoh ulama di Hijaz.

Diantara tokoh alim ulama tersebut ada seorang yang berkata “seandainya pengarang kitab ini tidak menulis di dalam Muqaddimahnya bahwa dia bermazhab Hanafi, maka pasti kami akan menyangka bahwa penulis adalah bermazhab Maliki karena beliau dapat mengupas setiap bagian dari fiqh mazhab Maliki secara terperinci. Selain itu, beliau dapat mengumpulkan banyak masalah-masalah fiqhiyyah mazhab Maliki, dimana penjelasan masalah tersebut sukar untuk ditemui dalam kitab mazhab Maliki sekalipun.”

Alim ulama dari negara Arab, khususnya Arab Saudi, penjaga Haramain – semoga Allah Swt tambah keduanya kemuliaan dan keagungan – juga alim ulama dan tokoh dari Damsyik sangat berharap kepada syaikh agar kitab tersebut dapat diterbitkan di Beirut, Lebanon. Ada seorang yang kaya raya dari Mekah Mukarramah telah menerbitkan kitab tersebut dengan pembiayaan pribadinya. Demikian juga dengan kitab Lami’ud Darari (3 jilid) Syarah Jami’ Bukhari, kitab Kaukabub Duri (2 jilid) Syarah Jami’ut Tirmidzi, kitab Juz Hujjatul Wada dan kitab al-Abwab wat Tarajim lil Bukhari dalam beberapa jilid. Semua kitab ini adalah suatu khidmat beliau yang sangat agung terhadap hadits. Beliau senantiasa tekun apabila membahas suatu kitab sampai pemikiran beliau terbuka dengan penemuan baru hingga banyak kitab-kitab baru disusun dan ditulis oleh beliau. Keseluruhannya, beliau telah mengarang lebih dari 89 buah kitab dan 29 buah telah diterbitkan sementara yang lainnya masih dalam penerbitan. Semua judul dan keterangan karya beliau terhimpun dalam autobiografi beliau yang terkenal yaitu Aap Beti. Semua karya beliau itu amat bernilai dalam bidang ilmu pengetahuan, hakikat, islah dan tabligh. Dan beliau telah menunaikan hak dalam bidang-bidang tersebut dengan cemerlang, seperti yang diucapkan oleh Maulana Abul Hasan Ali Nadwi rah. “Karya dan susunan Syaikh benar-benar mengandung dua bagian pokok:

1. Khusus dalam ilmu dan hakikat, serta
2. Murni mengandung dakwah dan Islah

Umumnya, seorang yang mahir dalam bagian pertama, ia tidak mahir dalam bagian kedua. Dan jika ia mahir dalam bagian kedua, ia tidak mahir dalam bagian pertama. Dan seseorang yang sudah biasa dengan bagian kedua, maka ia tidak menjaga dan menegakkan adab serta peraturan dalam bagian pertama. Akan tetapi Syaikh Muhammad Zakariyya telah berjaya sempurnakan 2 bagian tersebut dalam setiap karyanya.

Beberapa contoh beliau dalam bagian pertama ialah kitab Awjazul Masalik dan Lami’ud Dararai dan contoh umum dari bagian kedua ialah kitab Hikayatus Sahabah dan Fadhail Amal, mengandung Fadhilah Solat, Ramadhan, Zikir, Al-Quran, Haji, Sedeqah, Tabligh dan Selawat. Dan contoh karya beliau terkumpul kedua bagian itu secara bersamaan ialah kitab Jami’ Shamail Tirmidzi dan Syarah Khasail Nabawi” [Shawaih Yusufi, Lucknow, hal 129]. Judul dan kandungan risalah ini adalah berkenaan surat-surat pertanyaan berkaitan dengan kitab Fadhail Amal beliau, yang telah dikumpulkan dari masa ke masa. Syaikh Muhammad Zakariyya rah. telah menjawab semua surat-surat pertanyaan dan kritikan tersebut dengan menunjukkan kesabaran yang tinggi dan berhemat luas serta kebijaksanaan yang jitu. Dalam hal ini, dapat dikatakan bahwa Allah Swt telah mengaruniai dari khazanahNya beberapa bagian kelembutanNya kepada beliau.

Surat dari Sayyid Muhammad Alawi Al Maliki r.h kepada Sheikhul Hadits Maulana Muhammad Zakariyya Al Kahdahlawi r.h.

Maulana Muhammad Zakariyya


Di bawah adalah Surat dari Al Allamah Sayyid Muhammad Alawi Al Maliki r.h kepada Ulama’ besar hadits, Sheikhul Hadits Maulana Muhammad Zakariyya Al Kahdahlawi r.h. yaitu Penyusun Ayat-ayat Manzil dan Kitab Fadhail Amal:

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Yang Terulung, Ulama Hadits yang teralim. Yang memiliki keturunan yang cemerlang, Yang senantiasa diliputi keberkahan, Imam, Pendakwah, Tuan saya juga guru saya: Sheikh Maulana Zakariyya semoga senantiasa dilindungi Allah.

Assalamualaikum wa Rahmatullah

Saya mengucapakan Selamat Tahun Baru Hijriah. Semoga Allah menghasilkan kemakmuran, keberkatan, kegembiraan dan kemesraan. Amin.

Saya mengucapakan berbanyak terima kasih atas kesudian tuan mengirimkan kepada saya naskah kitab yang terulung, terkenal dan isi serta uraiannya yang amat disanjung, “Bazlul Majhud”, yang mana ia diperindah lagi dengan uraian tuan. Semoga Allah memelihara, menjaga dan senantiasa bersama tuan serta memanjangkan umur tuan di dalam ketaatan dan kecemerlangan di dalam penghambaan diri padaNya. Dan juga semoga IaNya membolehkan kami mengambil menafaat dari tuan. Semoga tuan senantiasa diliputi kemakmuran.



Yang Hina dan disayangi,
Muhammad ibn ‘Alawi al-Maliki
(Khadam Kepada pelajar Universiti Umm al-Qura dan Masjidil Haram)
04/01/1394 H

Rujukan : Fihrist Ta’lifat-e-Shaykh, Volume 1, p. 346 (Saharanpur: Maktabah Yadgar-e-Shaykh, Ramadhan 1417H / Januari 1997 ) oleh Maulana Sayyid Muhammad Shahid Saharanpuri.


Dikutip dari: Salafy Tobat



DMCA.com
Diizinkan dicopy & disebarkan untuk dakwah mohon mencantumkan sumber www.mistikuscinta.com serta menyertakan sumber dan link yang terdapat dalam setiap posting. Posting dapat disebarkan melalui share this article. Terima kasih
Share this article :
0 Mistikus Cinta Comments
Facebook Comments

0 Komentar:

Post a Comment

Ketentuan :
• Login Facebook atau Google account untuk memberikan komentar
• Komentar sesuai tema dan tidak mengandung unsur SARA dan Pornografi
• Komentar yang menyertakan link aktif, iklan, akan dimasukkan ke folder SPAM
Donasi Top Comments


English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Tarekat Naqsybandiyya Nazimiyya

Donasi

Pasang Iklan Banner Di Sini
 
Diizinkan Dicopy & Disebarkan Untuk Dakwah Cantumkan www.mistikuscinta.com
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
The Official Blog Of Mistikus Cinta: Mozaik Sufi | SufiTube | Proudly powered by Mistikus Cinta G+
Copyright © 2005. Mistikus Cinta - All Rights Reserved